Wasiat dari Sang Penakluk

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya saat menjelang kematiannya.

"Tidak lama lagi aku akan menghadap Allah. Namun aku sama sekali tidak merasa menyesal kerana aku meninggalkan pengganti seperti kam. Kamu mesti menjadi seorang yang adil, seoleh dan pengasih. Bentangkan perlindunganmu kepada seluruh rakyat tanpa membeza-bezakan mereka. Tugas kamu dalam menyebarkan agama Islam ini adalah kewajipan raja-raja di bumi ini.

Dahulukan kepentingan agama lebih daripada kepentingan yang lain. Jangan kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama.Jangan kamu sesekali mengambil orang yang tidak peduli kepada agama sebagai pembantumu dan jangan pula kamu mengangkat orang yang tidak menjauhi dosa-dosa besar dan leka dalam kekejian. Hindari perkara-perkara yang merosakkan. Jauhi orang yang menyuruhmu melakukan kejahatan.Lakukan perluasan negara ini melalui jihad. Jaga harta Baitul Mal, jangan sampai dibazirkan.Jangan sesekali kamu meghulurkan tanganmu pada harta rakyatmu, kecuali sesuai dengan syariat Islam.Himpun kekuatan orang yang lemah dan fakir dan berikan penghormatanmu kepada yang berhak.

Ulama' adalah kekuatan yang harus ada dalam negara ini, maka hormati mereka. Sekiranya kamu mendengar ada seorang ulama' di negara lain ,ajak dia datang ke negara ini dan berikan dia harta kekayaan. Hati-hati, jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyak nya jumlah tenteramu. Jangan sesekali kamu mengusir ulama'dari pintu-pintu istanamu. Jangan sesekali kamu melakukan sesuatu hal yang yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama adalah tujuan kita, hidayah Allah adalah cara hidup dan dengan agama, kita menang.

Ambillah pengajaran ini daripadaku. Aku datang ke negara ini laksana semut kecil, lalu Allah kurniakan kepadaku nikmat yang sedemikian besar ini. Maka berjalanlah seperti apa yang aku lakukan. Bekerjalah kamu dalam meniggikan agama Allah dan hormatlah ahli-ahlinya. Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negara dengan berfoya-foya dan bersenang-senang,ataupun kamu pergunakan lebih daripada sewajarnya. Ini kerana semua itu adalah penyebab utama kehancuran"


Alhamdullillah, buku kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Konstantinopal dah lama habis baca. Cuma baru ada masa untuk review. I think the wasiat already be part of the review. From the wasiat je kita dah boleh ambik banyak pengajaran. The book is good, I meant Super awesome. The language used is very undestandable and worth my penny laaa beli buku tu. The plot is nice and of course ade laa sikit dia ubah gaya penyampaianya untuk tarik minat pembaca. The book sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat and the discussion is quite relax and no tense baca because tak perlu nak hafal all facts. Enough to take the lesson from Kisah Sultan Al-Fateh seorang yang berjiwa besar. Sudah tentu setiap perjuangan ada mehnah dan tribulasi. Tapi Sultan Al-Fateh memang seorang yang berjiwa besar walaupun dia masih muda. Pemikiran nya yang matang untuk rule sebuah negara yang besar.

Ayuh bacalah buku tersebut bagi jiwa jiwa pejuang!

Comments

Popular posts from this blog

.

reflection

Khabar Gembira dari Tuhan