Pengalaman

Tadi pergi usrah, tajuk usrah adalah mehnah dan tribulasi dalam perjuangan Islam. Ini adalah tajuk yang aku paling suka sepanjang usrah. Mehnah ni maksudnya ujian, Tribulasi ni maknanya kesengsaraan dan kesusahan. Mehnah dan tribulasi ni adalah sunatullah yang bermaksud hukum Allah macam siang dan malam, hujan, panas haa macam tulaa. Jadi sunatullah ni maknanya prkara yang semua orang akan rasa selagi dia berjuang di jalan Allah antaranya belajar. Orang yang belajar di jalan Allah ni, akan diuji. Selagi kita tidak diuji, macam mana kita nak claim kita sudah beriman. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan 'Kami telah beriman,' sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang benar dan sesunguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta" 

makna nya, sudah menjadi ketetapan sebagai seorang mukmin harus diuji. 

Seterusnya, kita boleh pegang janji Allah dalam surah Al-Inshiqaq ayat yang ke-6:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras dalam meneju  Tuhanmu maka kamu akan menemuiNya"

Allah menjanjikan syurga bagi sesiapa yang berusaha keras dalam menuju ke akhirat. 

Semasa usrah tadi, kami ditanya dengan satu soalan.

Apakah pengalaman yang memberi paling banyak pengajaran sepanjang hidup di kampus?
ada yang jawab, apabila kehilangan beg duit, ada lagi menjawab, ketika kehilangan seorang kawan baik kerana dia menuntut di ipt lain.. semuanya menceritakan kisah yang sedih dan pengalaman buruk. Kenapa? tidak ada langsung pengalaman yang manis memberi pengajaran kepada hidup kita?


Kerana, kita akan belajar apabila kita jatuh, kita akan ingat tuhan ketika kita jatuh, kita akan ambil iktibar apabila kita ada dibawah. itulah yang dinamakan mehnah dan tribulasi yang boleh datang dalam pelbagai bentuk. 

Macam diamond. Diamond and charcoal both are made up from carbon. but the difference of pressures differentiate them to be valuable stone(diamond).

Selagi kita tidak diuji, kita takkan bekerja keras, macam mana nak masuk Syurga, jumpa Allah,jumpa Rasulullah?. Syurga itu mahal harganya. We should work hard for it. Kalau kita jumpa Allah tanpa usaha, nanti depan Allah Dia tanya, kenapa Aku kena masukkan kau dalam syurga? Apa yang kau dah buat semasa hayat kau dalam memperjuangkan agama Aku? Agaknya masa itu apa kita nak jawab?  



Comments

Popular posts from this blog

.

reflection

Khabar Gembira dari Tuhan