Honesty

Honesty, betul memang ada dalam syllabus kita untuk belajar tentang kejujuran dalam matapelajaran Sivik dan Moral. Tetapi sebagai manusia kadang kadang kita terlupa nilai kejujuran ni.

ada satu kisah ...

Masa akhir tahun tingkatan 4 di sekolah ada satu matapelajaran penting yang perlu diambil oleh semua pelajar tingkatan 4 iaitu Ujian Diagnostik Tingkatan 4. Masa tu aku kena ambil peperiksaaan awal untuk beberapa subjek kerana masa peperiksaan berlangsung aku ada satu kejohanan olahraga peringkat kebangsaan. Long to short:  Subjek Teknologi Kejuruteraan. Subjek ini aku ambil di dalam bilik cikgu sukan. Jam 9.00 Malam. Sabtu.

*cikgu bagi kertas soalan*

Cikgu: Nah awak jawab kertas ni, lepas tu dah siap jawab awak simpan kertas ni bawak balik asrama esok baru bagi kat cikgu A(bukan nama sebenar).

*Aku terpinga*

Aku: Eh cikgu, takpe ke saya bawak balik kertas soalan ni.

*dengan muka terkejut, cikgu datang kat aku* *dengan nada tinggi* *well he is a guy* *with muka garang*

Cikgu: Kenapa? Awak nak meniru ke? Awak nak tipu siapa?Awak nak tipu saya? Kalau awak tipu saya siapa yang tahu? Saya tahu ke awak menipu? Sekarang tinggal awak dengan Dia. Dia je tahu kalau awak menipu. Dia je tahu kalau awak bagi soalan ni dekat orang lain. Saya takkan pernah tahu kalau awak buat apa apa. Awak ni tak paham paham lagi ke? Saya mengajar awak dari Tingkatan 1 sia sia je.

*dengan muka marah, dia tinggal kan aku di dalam bilik tu untuk jawab soalan sampai siap. tidak lupa sebuah buku teks Teknologi Kejuruteraan juga ada atas meja yang sama.*

Sentap. Deep. Terngiang ngiang apa yang cikgu cakap. Tak sanggup rasanya nak meniru. Itulah cara cikgu nak tarbiah aku.


p/s: kalau lah kawan-kawan semua tahu kertas periksa yang mereka akan jawab in a week time dalam beg aku, mungkin dah digeledahnya beg sekolah malam tu. Tapi alhamdulillah takde orang pun tahu aku ambik exam malam tu.



next entry I will try to discuss about book *well I need to finish that book faster*. Stay tuned.

Comments

Popular posts from this blog

.

reflection

Khabar Gembira dari Tuhan