Travelog Bermula

Assalamualaikum and hi, Hows your eidulfitri? Semoga baik baik sahaja.

Harini terasa nak menulis, aku capai komputer riba untuk meneruskan penulisan. Bear with me :)
I will try to keep my entry as short possible.

Travelog Surabaya bermula.

Lokasi: Universiti Teknologi PETRONAS, 7 dan 8 Mei 2017.

Seusai peperiksaan akhir semester habis disaat semua pelajar pulang, aku hanya mampu untuk melihat sayu. Hati sangat rindukan rumah. Hanya mengucap selamat tinggal kepada kedua ibu bapa ku pulang semasa mereka mengambil adik kembar ku pulang ke rumah. Sunyi. Rumah apartmen yang kami diami tinggal aku seorang. Semua orang sudah pulang ke rumah. Berbekalkan pulut durian yang ibu bawa dari rumah itulah makanan tengahari dan makanan malamku. Ye laa malas nak makan sorang di kafe.Aku tidak ikut pulang kerana ada projek besar yang harus kami selesaikan, "MY Surabaya".

Pulang kebilik,mata terpandang pada bagasi yang bakal ku bawa bersama. ' Hmm masih belum selesai kemas. Jadual TOT sangat packed bila nak siap ni' . Laju tanganku menyambung mengemas pakaian sambil mata rujuk kepada jadual perjalanan kami di sana. Pada dua hari ini, pelbagai persiapan yang kami sediakan dari segi kick off, Training of trainee, meeting, discussion, buat website, storyline untuk video syarikat. Jadual kami di sana sentiasa berubah ubah dari hari ke hari. Hati sangat risau kerana perjalanan kami di sana seratus peratus di susun sendiri oleh kami. Sungguh merisaukan kerana tidak ada antara kami yang pernah kesana. boleh kata gamble juga lah ni. Apa sahaja boleh berlaku, lagi merisaukan perjalanan kami dari Kuala Lumpur- Jakarta- Surabaya tanpa pengawasan pensyarah dan orang yang pernah ke sana. Semua bergantung harap antara satu sama lain. Lagipun, di Jakarta kami perlu tukar terminal untuk penerbangan domestik sangat gamble. ' kalau laa tak jadi projek ni, sia sia je... rosak CGPA aku' bisik hati.  Sambil tangan gigih mengemas bagasi dan housekeping bilik.

Alhamdulillah sepanjang dua hari ini semua berjalan lancar. Banyak juga yang perlu dibuat, insuran perjalanan, passport, equipment camera, dokumen dokumen seperti minit mesyuarat juga disiapkan sebelum berangkat. Kami juga meminta senior dari Indonesia untuk mengajar kami Bahasa Indonesia. Ye laa nak ke tempat orang, haruslah mahir bebicara bahasa mereka.

Pada malam 8 Mei 2017, kami berkumpul di bilik mesyuarat bersama bagasi masing-masing untuk briefing dan timbang beg dan bersiap siap ke garaj bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.

Gamat sungguh apabila ada bagasi yang melebihi had berat. Nak nak lagi bekalan makanan perlu disumbatkan di dalam bagasi kami. Macam macam ada, rempah kari, ayam kurma, sambal macam macam lah untuk masak di sana.  Tersusun rapi bagasi kami yang tersedia diikat dengan reben hijau supaya senang untuk dikenal pasti semasa kat airport nanti, risau ada yang tercicir. Macam nak pergi umrah pun ada. semua bagasi ada tag.

Tepat jam 12 malam kami sudah berada di garaj bas untuk bergerak ke Kuala Lumpur. Pada jam hampir 1 pagi kami bertolak menaiki baa. Kami tidur sepanjang perjalanan ke sana, barangkali kepenatan kerana2 hari sebelum itu sungguh hectic bagi kami.

Pada jam 4 pagi, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Semua bagasi diletakkan di atas trolley.' Banyak sungguh beg, memang trip umrah ni' lucu melihat bagasi kami begitu banyak. Terus kami cari surau untuk berehat dan bersedia solat subuh. Oleh kerana kami sampai awal, kami sempat solat sunat tahajud dan solat hajat dan berdoa agar perjalanan kami pada hari itu lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Ya Allah berada dengan orang-orang solehah ni lain sungguh perasaan nya. Ada diantara kami mengaji sementara menuggu azan subuh, ada juga yang tidur kepenatan.

Selesai solat subuh kami terus ke kaunter untuk check in bagasi dan ambil boarding pass. Pada masa ini aku terpaksa berpisah dengan muslimat lain, kerana aku akan menaiki pesawat berbeza dengan mereka. Nasib, kenelaa ikut jejaka jejaka yang lain. Kami sebelas orang beratur di kaunter untuk ambil boarding pass kami. Sempat lagi beberapa orang buat live di Facebook dan Instagram. Aku kagum dengan mereka, sehabis boleh untuk bagi aku selesa. ye laa dah aku sorang muslimat kat situ.

Kemudian kedua ibu bapa Fiqree datang dan ajak kami sarapan pagi, Selesai bersarapan dalam jam 7.30 pagi, kami bergambar sebelum masuk ke balai berlepas dan kastam untuk scan passport. Di situ kami sudah berpisah bersama muslimat yang lain. Kami sebelas orang meneruskan langkah ke gate yang telah ditetapkan. Agak kekok untuk aku berbual dengan mereka. Yelah selama ni aku banyak berinteraksi dengan muslimat sahaja. Tiba-tiba aku sorang tercampak kat sini. Walaupun begitu, mereka pandai untuk berbual dan membuat aku tidak kekok disitu. So I was fine there.

Sampai di gate yang ditetapkan, kami duduk di kerusi dan masing-masing di dunia sendiri. Ada yang gigih menangkap gambar momen kami di lapangan terbang, ada yang membaca buku, ada yang memasang earfon dan tenggelam dengan muzik yang dipasang, ada yang berbual, aku sendiri hanya memerhati dan pandangan aku campak ke luar melihat pekerja pesawat Air Asia bertugas memasukkan bagasi kami ke dalam ruangan kargo. Fikiran kosong, hati berdebar dan sentiasa berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan pada hari itu sambil memikirkan, macam mana ya sahabat di pesawat lagi satu.

Sedang aku leka melihat perkerja memunggah barang, Faisal panggil untuk masuk ke pesawat.
It is the time!

Aku akan bertukar seat dengan Saief kerana kalau ikutkan aku akan duduk sebelah Walid di dalam pesawat. Jadi aku akan tukar tempat duduk dengan Saief demi menjaga ikhtilat. Lega.Aku boleh tidur puas-puas

Kalau ikutkan, seat aku tepi tingkap, tapi masuk je di dalam pesawat, seat aku diambil oleh seorang wanita dengan anak kecilnya, atas alasan dia perlu menyusukan anaknya, dan seat aku bersebelahan dengan mak dan ayahnya. Jadi aku mengalah untuk duduk bersebelahan dengan seorang pemuda. ' 'hmm bantai je laa, yang penting aku nak tidur je lepas ni'. Ramah kedua dua wanita dan lelaki di sebelah kanan dan kiriku kebetulan destinasi mereka sama; Bandung. Setelah berbual mesra, kami memilih untuk membuat hal masing- masing. Aku toleh kiri, lelaki sebelah aku sudah tertidur, aku pun berniat yang sama.

Tidak lama selepas pesawat kami Take off, aku terus lelapkan mata untuk berehat, ye laa malam tadi tidur hanya beberapa jam sahaja. Itupun di dalam bas, badan sungguh letih. Masa masa sebegini perlu aku manfaatkan untuk berehat.

Nanti aku sambung menulis perjalanan kami di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta. Assalamualaikum

Sebelum masuk balai perlepasan


Sebelum masuk pesawat

 Tak tahu masa bila. hanya terima kiriman gambar.

feat jejakers katanya

































Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman

#18