A happy day

'Nik, aku rasa she's the one' -Friend-


Aku tahu, dia gembira. Tanpa aku sedari aku lah orang paling gembira. Aku yang terlebih gembira. Semoga urusan kawan aku ni dipermudahkan.  Jujur aku cakap, I am noob in friendship tapi sebenarnya setiap kali kawan-kawan, sahabat sahabat aku gembira, aku tumpang gembira. Cuma tak pandai nak zahirkan. 

Haih besaq dah kawan kawan ceq.

Semoga Allah lindungi mereka.

Well I owe someone for an entry about Surabaya. but this post will not tell about Surabaya yet. But my personal thoughts. Permusafiran pada kali ini sangat bermakna, bukan lah kerana bermusafir di negara orang tapi kerana pengalaman yang sangat luar biasa. Daripada permusafiran ini, terlalu banyak pengajaran yang aku dapat belajar. Terima kasih Allah kerana gerakkan hati kecil ku ini untuk terima tawaran untuk menjadi AJK event ni. Jujur hati sangat berat saat ditawarkan untuk menjadi 20 orang yang akan ke Surabaya. Atas kuasa Allah aku terima pelawaan ini walaupun lambat bagi jawapan.

Pada mulanya, aku menyesal sebab aku dah janji untuk ikut program lain untuk projek MPU4 kami. Takpelah, dah terima tawaran Surabaya. Aku teruskan je tanpa banyak songeh. Hampir putus asa. Sampai lah suatu hari ada seorang sahabat bagi tazkirah sebelum meeting.

'Ada hikmah yang tersembunyi di setiap keberadaan kita. Ada sebab kenapa Allah letak kita di satu tempat. Jadi kawan kawan, teruskan usaha sebab kita diperlukan di sini' sedikit sebanyak memujuk hati ini yang dah nak give up sebab tak dapat sponsor.


Siapa sangka, selepas permusafiran ini aku lebih dekat dengan sahabat sahabat.

Hati ini mudah sahaja menghukum orang tanpa mengenali, betul lah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Siapa sangka orang yang aku selalu annoyed with adalah orang yang paling concern tentang sahabat sahabat. Dia lah yang jaga kami, dialah yang paling jaga hati orang lain. Tak pernah aku jumpa situasi bila seseorang tengah menahan kesakitan sendiri datang suap air pada sahabat lain yang turut sakit. Datang suap makanan pada sahabat lain, sedang dirinya sudah pucat lesu. Datang suapkan ubat pada sahabat, sedang ubat itu doktor preskripsi kan kepada dia. Haihlaaa sahabat. Allah akan balas jasa mu nanti.

Ada yang setia mendengar, ada yang setia menjadi imam(muslimat) ,ada juga yang riuh mewarnai suasana.

Ada juga yang akan memastikan kami sentiasa cukup bekalan air bersih, walau sudah malam, tapi masih gigih cari uber untuk belikan air mineral untuk sahabat yang sakit.

Saling jaga antara satu sama lain. situasi yang jarang aku jumpa.


Belum cerita lagi pelajar Universitas Airlangga (UNAIR) yang datang naik motor ke homestay untuk bawa sahabat yang sakit ke hospital pada lewat malam. Ada yang datang bawak kereta. Tidur bersama kami. Masak bersama. Turutkan saja permintaan kami, nak makan, nak souvenir, nak ke toko batik, nak ke indomaret, alfa mart, ke bromo sekalipun diturutkan juga. Minta jadi pelakon untuk kami, buat voice over untuk video company belikan makanan. Tangan tak pernah kosong semasa datang berkunjung ke homestay. Mana mampu kami balas masa mereka buat kunjungan balas. Farewell party yang sangat emosi. Sedih saat lagu bertemu semula dinyanyikan. Terasa ukhuwah islamiah terjalin.

Terima kasih yaALLAH, indah sungguh aturan Mu.

Siapa sangka Supervisor kami juga merasakan perkara yang sama.


Comments

Popular posts from this blog

#18

a throwback