HAI HATI
Ya Allah seandainya hati hambamu ini meletakkan pengharapannya kepada selain Mu, Berikanlah peringatan kepadanya bahawa Engkau lah Pemilik sekalian alam. Seandainya hati hambamu ini meletakkan harapannya kepada sesuatu bukan milikknya, Ingatkanlah dia bahawasanya Engkau Maha mengetahui Seandainya hati hambamu ini runsing dan risau akan takdirnya, ingatkanlah dia bahawa rezeki, ajal maut dan jodoh itu urusan Mu. All I want is just a peace of mind and hearts. -Cerita minggu ni: ada satu hari aku rasa sangat kecewa. Rasa nak marah sangat. Tapi tak tahu kat mana nak zahirkan. Kalau marahkan manusia nanti putus silaturrahim. Nak marahkan hati, alahai hati tu Allah yang pimpin.Marahkan diri sendiri je lah, sebab tak pandai jaga hati sendiri. Jadi aku telan semua. Kalau luah, orang lain salah hadam. Jadi aku decide untuk hadam sampai padam. Tapi sakit! Susah lah, rumit! Lepastu aku decide untuk lupakan je marah dan kecewa tu. harap harap berhasil!